Labels: , , , , , , , ,

fahami apa itu unlock,jailbreak,dan ios

Salam perkenalan buat pembaca semua.mungkin ada diantara kita yang baru berjinak jinak dengan peranti apple.welcome to the club applerian!


Untuk mengelakkan mengantuk kita mulakan dengan bismillah 


1.ios

Ios adalah operating system yang dibangunkan oleh apple untuk peranti mudah alih mereka.jika komputer dirumah anda guna windows,handphone samseng anda guna android,apple guna ios.ios diklasifikasikan melalui versi versinya.versi ini applicable untuk setiap model apersnti anda.yang terbaru adalah ios 6.bukan semua peranti apple boleh menggunakan ios 6.hanya peranti yang baru baru dan bau kilang sahaja dibenarkan.kebanyakan peranti lama hanya boleh menggunakan version yang lama sahaja.ini kerana setiap ios di cipta dengan mengambil kira spesifikasi peranti anda.biasalah  yang baru mesti lagi hebat dari yang lama kan?


2.unlock

Unlock adalah bermaksud,membebaskan peranti anda dari sekatan oleh apple .sekatan ini adalah sekatan sim anda.kerana setiap peranti ada negara asalnya.sebagai contoh jika anda beli iphone dari us,anda perlu menggunakan simkad us.jika anda masukkan simkad malaysia,simkad itu tidak dapat dikesan oleh peranti anda.semua peranti yang dijual oleh apple authorised reseller di MALAYSIA adalah factory unlock.factory unlock bermaksud sudah diunlock ketika proses pembuatannya lagi.jadi tak perlu anda nak unlock.


3.jailbreak

Jailbreak ni bermaksud lari dari penjara.maksudnya,jika anda nak menggunakan aplikasi yang percuma dan juga yang berbayar secara percuma,anda perlu jailbreak terlebih dahulu.ini bermakna jika anda selesa menggunakan aplikasi percuma dari appstore atau anda sanggup membayar untuk aplikasi ini,tak perlu anda nak jailbreak peranti anda.ambil perhatian bahawa jailbreak mungkin akan membatalkan waranti anda.harus diingat bahawa aplikasi yang berbayar tetapi boleh didapati secara percuma ini tidak boleh didapati melalui appstore.ianya boleh didapati melalui aplikasi tertentu dan juga laman sesawang yang menyediakan khidmat untuk anda muat turun aplikasi ini secara percuma.dan juga,bukan semua ios ada jailbreaknya.untuk ios baru,biasanya anda harus menunggu 1 hingga 2 bulan untuk mendapatkan jailbreak untuk ios baru.ada team yang akan berusaha demi anda untuk jailbreak peranti anda.dan prosesnya agak rumit tetapi alah bisa tegal biasa,bagi saya tiada masalah.


4.apa akan jadi bila anda update ios anda setelah peranti anda dijailbreak

Apabila anda update ios anda,secara automatik jailbreak dan unlock anda akan lupus begitu sahaja dibadai ombak.jadi bila update ios anda,beringat ingat,jika anda memang memerlukan unlock dan jailbreak,jangan update ios anda sehingga betul betul official bahawa jailbreak dan unlock yang anda perlukan boleh didapati di pasaran


5.kenapa unlock dan jailbreak dikedai kena bayar?

Memang ada kedai yang menawarkan khidmat unlock dan jailbreak.kaedah yang mereka gunakan adalah sama dengan kaedah yang selalu kami guna.cuma mungkin mereka ada aplikasi yang dibangunkan olewh mereka sendiri.tapi buat apa nak buang rm50.kadang kadang sampai beratus ratus sedangkan kita boleh buat sendiri?baik bagi kat saya,boleh beli casing ipad baru.


6.kenapa kat kedai kena bayar ,kat sini free

Ini kerana kami adalah golongan anak muda yang ingin membantu rakan rakan lain dan penggemar peranti apple agar tidak dipermainkan oleh golongan yang suka mengambil kesempatan keatas kesusahan orang lain.lagipun kami cuma mamberi guide,anda yang melakukannya.semuanya terletak ditangan anda."the power of hands"